Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh

Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh

MENGENAI

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris Iskandar Shah II (1963-1984), Sultan yang ke-54, sempena dengan perayaan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-54. Ianya terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 2.6 hektar di tengah- tengah bandaraya Ipoh. Kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966, dan batu asas telah diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh (Allahyarham) Tun Haji Abdul Razak, pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968.

Pada mulanya, masjid ini dinamakan sebagai 'Masjid Negeri (Perak)' dan telah digelarkan 'Masjid Sultan Idris Shah II' sempena nama Sultan Idris Iskandar Shah II yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

Idea pembinaan masjid ini berasal daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada ketika itu adalah Menteri Besar telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada di lpoh tidak mencukupi untuk memuatkan semua jemaah yang menunaikan ibadah pada satu-satu masa seperti hari kebesaran Islam dan ibadah sembahyang Jumaat. Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00


PROFIL RINGKAS

  • NAMA MASJID: Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
  • KATEGORI: Kariah
  • TARIKH PERASMIAN: 15/09/1978
  • KAPASITI: 2000 Jemaah
  • KELUASAN: 6.42 ekar

GALERI DAN KEMUDAHAN

LOKASI

MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh, Perak

TELEFON / EMEL
DAFTAR KARIAH

Jika lokasi kediaman anda berhampiran dengan masjid ini, sila klik untuk daftar.

Site is undergoing maintenance
logo

SELAMAT DATANG KE MY QARYAH

 

AKAN DILUNCURKAN TIDAK LAMA LAGI

Lost Password